JellyPages.com

Anda orang yang ke...

bukaN kaLi perTama baGi diRiku...!!

Assalamualaikum W.B.T & Salam sejahtera,

Jika memandang ke langit, terlalu jauh untuk dicapai langit yang biru, dan mustahil bagi sesiapa untuk menggapainya. Begitu juga bagiku, untuk sampai ke tahap menulis kata sendiri hingga kini sangat sukar dek kerana takut untuk menghadapi risiko kritikan dari orang sekeliling.

Tapi, bagi setiap manusia yang hidup didunia ini ada hak untuk meluahkan dan berkongsi pada orang lain asalkan ia tidak menjatuhkan sesiapa ataupun mengaibkan orang lain.

Ini bukan kali pertama diriku menulis, tetapi kali ini diriku baru mempunyai keberanian untuk luahkan segalanya. dahulunya, diriku membuat nukilan tentang diriku, tentang persahabatan ku, dan juga kehidupan peribadiku dengan si 'dia'. Tapi, apa yang ku dapat dari hasil nukilanku itu adalah hanya tindakan cacian dan juga kritikan orang yang mengatakan diriku terlalu menonjol dan memperdagangkan nilai kehidupan sendiri dengan menceritakan segala pahit manis yang ku lalui dengan orang² sekelilingku...

Selain itu, tidak kurang juga ada insan yang memberi sokongan dengan nukilan yang diriku lakukan. Cuma, pesanan dan komentar yang mereka lakukan sedikit sebanyak membantu diriku mengumpul kekuatan dan juga keberanian untuk sampai ke tahap ini.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya, setelah diriku melalui segalanya, akhirnya hari ini aku ingin memulakan nukilan hati dan seterusnya menjadi sebahagian kekuatanku untuk maju. Dan, ini juga adalah salah satu platform untuk aku memajukan diri dengan berkongsi pendapat dengan orang lain. Tidak kirala samada baik buruk, kita sebagai manusia harus terima dengan hati yang tenang supaya ia akan sentiasa ke hadapan bila ia difikirkan secara logikal dan terima pakai otak fikiran manusia.