JellyPages.com

Anda orang yang ke...

new Life, new Attitude, new Knowledge, and it's all abouT NEW...!!

bila jejariku mula menuyusun ayat-ayat, bermulalah kisahku yang ingin ku kongsikan kepada para pembaca yang budiman...(ada ke??)

sudah lama juga kiranya saya tidak update kisah-kisah yang ingin diceritakan...post yang terdahulu sya ad janji nak kongsi sdikit tentang novel-novel yang sya baca, tapi kekangan masa yang membuatkan sya tidak berbuat demikian..hihihi...(busy sangatla kiranya)

xpe, kali ini sya akan kongsikan serba sedikit dengan kehidupan baru sya...ooppps!! jangan salah faham tau, dari ayat macam khidupan da naik taraf (kahwin), but, it's not happen. i'm still single but not available...hahahaha....

a new life yang sya maksudkan adalah kehidupan sya yang kini bergelar seorang pelajar sarjana...wow, congratulation to myself kerana berjaya menaiktaraf diri sendiri. In Sha Allah, dlm setahun setengah lagi sya akan bergelar Sarjana dalam pendidikan teknikal dan vokasional...akhirnya, tak lama lgi sya akan menuju ke pintu cita² sya utk menjadi seorang pendidik...In sha Allah...Amin

when you comes to to a new life, that's mean u've a new attitude. tapi xbermakna kena tinggalkan attitude yang dulu. apa yang sya maksudkn disini, buang yang keruh ambil yang jernih. Yang buruk kita jadikan sebagai sempadan. Dan yang baik pula kita jadikan sebagai panduan untuk kehidupan masa hadapan. bukan untuk melupakan segalanya, tetapi apa yang berlaku dimasa lalu, tak kira baik atau buruk kita terima seadanya. What past is past, Let bygones be bygones. Kita manusia biasa yang tak lepas dari melakukan
kesilapan, nobody's perfect. Tiada salahnya jika kita memulakan kehidupan baru dan memulakannya dengan attitude yang baru. Take a fresh area of life...

memori indah dalam kehidupanku adalah apabila diri ini bergelar seorang pelajar. Indahnya kenangan itu yang xdpat sya lupakan dan akan menjadi kenangan buat sya dan generasiku yang akan datang. Betapa tidaknya, menjadi seorang pelajar bukannya senang, kena ada ketahanan fizikal, minda, jiwa dan segalanya kena kuat. Apatah lagi apabila menjadi seorang perantauan. Menjadi pelajar di negeri lain dan terpaksa berjauhan dari keluarga tercinta. Kerinduan yang teramat terpaksa dilalui. tetapi itulah kenangan indah. Menimba ilmu biarlah sampai ke negara China. Itu adalah pepatah orang dahulu. Untuk saya yang tidak berkemampuan, cukuplah setakat didalam negara saja. itupun telah menggunakan pelaburan yang banyak. Dan, itu jgala pengorbanan ibu bapa pada kita yang kita wajib ingati bila da mencapai keinginan nanti. Bila kita bergelar seorang pelajar, tujuan utama kita adalah untuk meimba ilmu dalam dada untuk kehidupan yang baik di masa akn datang. begitu jugalah pada diriku, datang dari jauh dengan tujuan yang satu, menimba ilmu untuk kehidupan diriku pada masa akn datang. Bukan untuk diriku saja malah untuk keluargaku, In sha Allah.

In sha Allah, untuk yang akan datang, sya akan memperbetulkan diriku yang serba kekurangan. Dalam memjukan diri ke arah yang baik niat itu mestilah betul, dan dengan izain dari-Nya, in sha Allah akan berjaya. rasanya, sampai sini dulu entri kali ini. di lain masa sya update lagi...wassalam